Mukhayyam Arabiy Guru-guru KAFA (Siri 4)

Bermula 25 Oktober sehingga 27 Oktober 2016 yang lepas,Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah mengadakan perkhemahan Bahasa Arab atau “Mukhayyam Arabiy” kali ke 4 untuk Guru-guru KAFA di Negeri Selangor.Seramai 30 orang guru KAFA yang mewakili setiap daerah di Selangor telah menghadiri ke perkhemahan yang telah dilangsungkan selama tiga hari berturut-turut.

Objektif utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman empat kemahiran Bahasa dalam kalangan guru- guru KAFA. .Di samping itu juga ia bertujuan memotivasikan guru-guru Bahasa Arab untuk menggunakan Bahasa Arab semasa PdP di sekolah.

Sepanjang perkhemahan ini diadakan,para guru telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dikelolai para pensyarah PBAS.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Kelas Kemahiran Mendengar,Bertutur,Membaca dan Menulis pada sesi pagi dan pertandingan Bahasa Arab pada sebelah petang.Di samping itu, Slot Pengajaran Mikro (Mikro Teaching) juga diteruskan di dalam program ini.Melalui slot ini,beberapa orang peserta telah dilantik untuk menyampaikan simulasi pengajaran Bahasa Arab sambil diperhatikan oleh para peserta lain dan para pensyarah PBAS untuk memberi penilaian terhadap simulasi tersebut.

Semoga perkhemahan ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru tersebut dalam membantu mereka meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam pengajaran Bahasa Arab dan secara tidak langsung,dapat menjadikan Pdp Bahasa Arab mudah difahami dan menyeronokkan.

 

img_8450 img_8453 img_8454 img_8457 img_8458





Leave a Comment