KONVENSYEN PENDIDIKAN BAHASA ARAB PERINGKAT ANTARABANGSA

Pada 11-13 November 2015 yang lepas Institut Latihan Islam Dan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (BPI, JAIS) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) & Pusat Bahasa Arab Selangor (PBAS) telah mengadakan Konvensyen Pendidikan Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa Tahun 2015 yang  bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Peserta yang terlibat bagi menjayakan program ini ialah guru-guru yang berada di bawah JAIS dari Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Selain itu, pelajar universiti, guru-guru KPM dan guru Jabatan Agama Islam di luar Selangor juga antara peserta yang menyerikan Konvensyen Pendidikan Bahasa Arab pada kali ini. Sehubungan dengan itu, tema Konvensyen Pendidikan Bahasa Arab pada kali ini ialah نحو ممارسة لغوية فاعلة

Antara objektif diadakan konvensyen ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan bahasa arab dikalangan tenaga pengajar bahasa arab demi membentuk suasana pengajaran yang menarik,meningkatkan pengetahuan berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa arab yang aktif,kreatif dan inovatif di samping dapat mengaplikasikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantara didalam sesi pengajaran dan pembelanjaran.Ia juga bertujuan menjana ilmu dan maklumat serta pandangan strategik dari kalangan akademik di bidang Bahasa Arab di peringkat Antarabangsa.

Pada hari pertama program, para peserta mendaftar dan bersarapan serta mengambil tempat masing-masing. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari pihak KUIS seterusnya dimulai dengan pembentangan kertas kerja utama. Para pembentang merupakan pensyarah-pensyarah dari luar dan dalam negara antaranya ialah Dr. Mahdi Masoud, Dr. Dihyatun Masqon, Dr. Mualimin Mochamad Sahid, Dr. Wan Rosli Bin Wan Ahmad, Dr. Muhammad Haron Bin Husaini, Dr. Ibraheem bin muhammad Bin Abdul Kareem dan Dr. Wail Muin (Al-Haj Sa’id) Ismail. Seterusnya, majlis berhenti rehat dan minum pagi bagi memberi ruang untuk Majlis Perasmian Pembukaan Konvensyen Pendidikan Bahasa Arab. Dengan berakhirnya majlis perasmian, peserta diberi masa untuk berehat, makan tengah hari dan menunaikan solat.

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Dr Abdul Halim Bin Tamuri. Antara jemputan yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Haris Bin Kasim dan para VVIP yang lain. Para peserta sangat gembira kerana dapat menyertai Majlis Konvensyen pada kali ini dan mereka berharap bahawa program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

 

IMG_3941 IMG_3946 IMG_3973 IMG_3976 IMG_4004 IMG_4030 IMG_4032 IMG_4055 IMG_4063 IMG_4074 IMG_4079 IMG_4082 IMG_4086 IMG_4125 IMG_4159 IMG_4198 IMG_4298

 

.

 

 

 

 

 

Leave a Comment