KONVENSYEN PENDIDIKAN BAHASA ARAB PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KEDUA

Pada 14-15 November 2017 yang lalu Unit Latihan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Islamic Educational,Scientific & Cultural Organization (ISESCO),Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Pusat Bahasa IMANS  telah mengadakan Konvensyen Pendidikan Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa Kali Ke-2 yang  bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Peserta yang terlibat bagi menjayakan program ini ialah guru-guru yang berada di bawah JAIS dari Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Selain itu, pelajar universiti, guru-guru KPM dan guru Jabatan Agama Islam di luar Selangor juga antara peserta yang menyerikan Konvensyen Pendidikan Bahasa Arab pada kali ini. Sehubungan dengan itu, tema Konvensyen Pendidikan Bahasa Arab pada kali ini ialah التطبيقات اللغوية الفاعلة

Antara objektif diadakan konvensyen ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan bahasa arab dikalangan tenaga pengajar bahasa arab demi membentuk suasana pengajaran yang menarik,meningkatkan pengetahuan berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa arab yang aktif,kreatif dan inovatif di samping dapat mengaplikasikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantara didalam sesi pengajaran dan pembelanjaran.Ia juga bertujuan menjana ilmu dan maklumat serta pandangan strategik dari kalangan akademik di bidang Bahasa Arab di peringkat Antarabangsa.

Sepanjang konvensyen ini,para peserta telah dihidangkan dengan 3 pembentangan utama yang telah disampaikan oleh 3 panel jemputan dari dalam dan luar negara.Pada pembentangan utama yang bertajuk ” Pengalaman Markaz ARABICARA Di Dalam Pengajaran Kemahiran Bertutur Melalui Pengajaran Atas Talian”. Pada pembentangan kedua pula,Datuk Mahmud Abdul telah berkongsikan pengalaman beliau dengan tajuk ” Pengalaman Institusi Pengajian ke arah Aplikasi Bahasa Arab Yang Berkesan”.Para peserta juga telah mendengar satu perkongsian yang mantap bersama Dr Abdul Hafiz Zaid dari Maahda Darussalam Gontor yang telah membawa tajuknya pada pembentangan ketiga : Peranan Aktiviti-aktiviti Peningkatan Bahasa Arab Di Sekolah

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Dr Abdul Halim Bin Tamuri. Antara jemputan yang turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam JAIS,Ustaz Anas Bin Ayub dan Dr. Abdul Razif Bin Zaini dari ISESCO serta jemputan VIP yang lain. Para peserta sangat gembira kerana dapat menyertai Majlis Konvensyen pada kali ini dan mereka berharap bahawa program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

 

 

IMG_0738 IMG_0812 IMG_0815 IMG_0857 IMG_0909 IMG_1035 IMG_1067 IMG_1071 IMG_1078

Leave a Comment