Forum Pendidikan Bahasa Arab Kali Kedua Peringkat Negeri Selangor

Bermula 19 Oktober sehingga 20 Oktober 2016 yang lepas,Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Unit Latihan BPI Jabatan Agama Islam Selangor telah berkerjasama dengan Pusat Bahasa Arab Selangor untuk mengadakan Forum Pendidikan Bahasa Arab Peringkat Negeri Selangor Kali Kedua.Forum yang  dilaksanakan di Institut Latihan Dakwah Selangor ini,telah menyaksikan kehadiran guru-guru dari sekolah-sekolah menengah dan rendah agama dari seluruh daerah di Selangor untuk bersama-sama mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang disampaikan oleh ahli-ahli panel jemputan.

Objektif diadakan forum ini adalah :

  1. Menjana ilmu dan maklumat serta pandangan strategik daripada kalangan akademik di bidang Bahasa Arab di peringkat Negeri Selangor.
  2. Meningkatkan potensi dan kemahiran guru bahasa Arab dalam menerapkan P&P bahasa Arab dan Pensyarah Pusat Bahasa Arab.
  3. Memberikan pendedahan kepada guru-guru bahasa Arab terhadap program dan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran bahasa Arab, teruta komunikasi bahasa Arab dikalangan para guru.
  4. Memberikan ilmu dan maklumat serta pandangan strategik dari kalangan akademik kepada guru-guru bahasa Arab tentang upaya strategik menempatkan Bahasa Arab sebagai bahasa utama di sekolah-sekolah dan institusi JAIS.
  5. Mengembangkan jaringan kerjasama di bidang akademik antara guru-guru Bahasa Arab di Negeri Selangor.
  6. Merumuskan resolusi seminar dalam bidang bahasa Arab di peringkat Negeri Selangor.

Forum Pendidikan ini telah diisi dengan 3 sesi pembentangan kertas kerja yang memfokuskan kepada tema ” نحو تعزيز اللغة العربية” yang bermaksud “Ke arah memperkasakan Bahasa Arab” . Antara ahli pembentang yang telah hadir bersama bagi memeriahkan forum ini ialah Dr. Mahdi Bin Mas’ud dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang membentangkan tajuk ” الممارسة اللغوية العربية من خلال الأدعية المأثورة” pada hari pertama,kemudian diikuti dengan pembentangan oleh Ustaz Asyafizrol Bin Abdul Hamid dengan tajuk pembentangannya ” توظيف الأفعال في ممارسة اللغة العربية ” dan diakhiri dengan pembentangan Dr. Janudin Bin Sardi dengan tajuk ” استخدام البرنامج الحاسوبية في تنمية الكفاءة اللغوية لدى المدرسين “.

Penutupan forum ini telah dirasmikan dengan sempurna oleh Y.B Dato’ Ahmad Yunus Bin Hairi,Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam,Adat Melayu & Warisan,Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi yang disusuli dengan pemberian sijil-sijil kepada para peserta.Majlis perasmian penutupan juga telah dihadiri Ketua Institut Latihan Dakwah Selangor dan beberapa pegawai yang lain seperti Pegawai Tadbir Agama serta Ketua-ketua Sektor.

 

img_8279 img_8282 img_8319 img_8321 img_8340 img_8346 img_8376 img_8381 img_8384

 

 

 

Leave a Comment