BENGKEL BAHASA ARAB UNTUK PARA PEGAWAI JAIS DAN MAIS (SIRI 1 2016)

Pada tarikh 25 Febuari 2016,Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah mengadakan sebuah Bengkel Bahasa Arab untuk para pegawai yang berkhidmat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.Bengkel ini merupakan aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS secara berkala mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Program yang disertai 38 orang pegawai ini bermatlamatkan kepada pengukuhan kemahiran bertutur di dalam Bahasa Arab sebagai persediaan para pegawai yang ingin membuat urusan bersama orang asing dari negara Arab.

Aktiviti di dalam bengkel ni telah dipecahkan kepada 3 slot yang berbeza iaitu slot pertama “Al-Arabiyyah Baina Yadaika” yang dikendalikan oleh En. Mohd Azizul Hakim Bin Hamdan,slot kedua “Al-Ansyitoh Al-Lughawiyyah” yang dikendalikan oleh Ustaz Suhail Al-Ansori dan slot ketiga “Nahu Wazifi” yang dikendalikan oleh Ustaz Bashasunnahar.Ketiga-tiga slot yang berbeza ini diberi pendedahan sepenuhnya kepada para pegawai berpandukan kepada modul yang telah disediakan oleh Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor.Bengkel ini telah berakhir pada jam 4.00 petang.

 

IMG_4936 IMG_4938 IMG_4939 IMG_4941 IMG_4942

Leave a Comment