Bengkel Bahasa Arab Pegawai-Pegawai JAIS & MAIS

Pada tarikh 12 Oktober 2015,Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah mengadakan sebuah Bengkel Bahasa Arab untuk para pegawai yang berkhidmat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.Bengkel ini merupakan siri yang keempat dan yang terakhir sepertimana yang telah dirancang oleh pihak BPI JAIS. Program yang telah disertai lebih kurang 30 orang pegawai ini bermatlamatkan kepada pengukuhan kemahiran bertutur di dalam Bahasa Arab sebagai persediaan para pegawai yang ingin membuat urusan bersama orang asing dari negara Arab.

Pada bengkel kali ini,para pegawai telah menjalani sesi ujian pengukuhan bagi mengukur penguasaan dan kefahaman mereka sepanjang menimba ilmu melalui program ini.Ujian tersebut telah dibahagikan kepada 4 ujian ; Ujian Kemahiran Mendengar “مهارة الاستماع”,Ujian Kemahiran Bercakap “مهارة الكلام”,Ujian Kemahiran Membaca & Menulis “مهارة القراءة والكتابة” dan Ujian Tatabahasa “النحو الوظيفي”.

Setelah tamat ujian,para pegawai duduk bersama-sama Ustaz Ahmad Suhail bagi sesi aktiviti Bahasa Arab sebelum bermulanya majlis penutupan.Pada majlis penutupan bengkel ini,para peserta telah diberikan sijil penyertaan dan juga slip markah bagi ujian yang telah mereka duduki.Alhamdulillah,para pegawai berjaya memperoleh markah yang cemerlang dan sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi.Diharapkan,bengekl seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memupuk rasa cinta terhadap Bahasa Arab dalam kalangan diri para pegawai dan seterusnya dapat melahirkan pegawai-pegawai di JAIS dan MAIS yang mampu bertutur dan memahami Bahasa Arab dengan baik.

 

IMG_3921 IMG_3922 IMG_3923 IMG_3926 IMG_3931

Leave a Comment