Program MAHIR BAHASA ARAB Pelajar-Pelajar MITST Negeri Selangor

Demi menjayakan misi dan visi Panitia Pembangunan Bahasa Arab – Bahagian Pendidikan Islam JAIS dalam memperkasa dan meningkatkan kemahiran Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar sekolah, Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor mula menganjurkan Program Mahir Bahasa Arab yang dijalankan setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada setiap bulan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Negeri Selangor.

Program yang dijalankan selama 6 jam (dari 9.40 pagi sehingga 4.40 petang) ini bertujuan membina para pelajar baru (tingkatan 1) agar terbiasa, berani, dan mahir mendengar serta bercakap dalam Bahasa Arab. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pensyarah Pusat Bahasa dan dijalankan di Makmal Bahasa serta dewan Pusat Bahasa. Para pelajar akan didedahkan kepada segala aktiviti dan persekitaran yang sepenuhnya menggunakan Bahasa Arab. Perisian moden dan peralatan Makmal Bahasa yang canggih serta aktiviti Bahasa yang menarik juga digunakan untuk lebih memberi kesan dan hasil yang cepat dalam meningkatkan kemahiran Bahasa Arab khasnya kemahiran bercakap dan mendengar.

Leave a Reply