Mukhayyam Guru KAFA 2017

Bermula 14 Mac sehingga 16 Mac 2017 yang lepas,Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah mengadakan perkhemahan Bahasa Arab atau “Mukhayyam Arabiy”   bagi tahun 2017 untuk Guru-guru KAFA di Negeri Selangor.Seramai 40 orang guru KAFA yang mewakili setiap daerah di Selangor telah menghadiri ke perkhemahan yang telah dilangsungkan selama tiga hari berturut-turut.

Objektif utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan guru-guru dalam kaedah pengajaran Bahasa Arab yang sesuai .Di samping itu juga ia bertujuan memotivasikan guru-guru Bahasa Arab untuk menggunakan Bahasa Arab semasa PdP di sekolah.

Sepanjang perkhemahan ini diadakan,para guru telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dikelolai para pensyarah PBAS.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sesi pendedahan kaedah pengajaran Bahasa Arab,kaedah penyediaan rancangan pengajaran yang tepat dan juga cara penyediaan alat bantu menagar yang sesuai .Pada sebelah petang pula,para guru mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Bahasa Arab seperti nyanyian lagu-Di samping itu, Slot Pengajaran Mikro (Mikro Teaching) juga diteruskan di dalam program ini.Melalui slot ini,beberapa orang peserta telah dilantik untuk menyampaikan simulasi pengajaran Bahasa Arab sambil diperhatikan oleh para peserta lain dan para pensyarah PBAS untuk memberi penilaian terhadap simulasi tersebut.

Semoga perkhemahan ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru tersebut dalam membantu mereka meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam pengajaran Bahasa Arab dan secara tidak langsung,dapat menjadikan Pdp Bahasa Arab mudah difahami dan menyeronokkan.

 

IMG_9021 IMG_9022 IMG_9023 IMG_9025 IMG_9042 IMG_9044 IMG_9048 IMG_9051 IMG_9065 IMG_9067

Leave a Comment