BENGKEL BAHASA ARAB SIRI 1 2017 PELAJAR TINGKATAN 1 MITST

Pada 13 dan 14 Mac 2017 yang lepas,Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Bahasa Arab Pelajar Tingkatan 1 dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang,Jugra,Bagan Terap dan Bagan Lalang.Bengkel ini adalah bengkel yang pertama yang dijalankan bagi pelajar-pelajar tersebut bagi tahun 2017 dan akan disusuli dengan bengkel-bengkel yang seumpamanya pada bulan-bulan berikut.

Seramai 240 orang pelajar yang hadir daripada keempat-empat maahad tersebut menyertai bengkel ini dengan diiringi beberapa orang guru pengiring yang secara tidak langsung membantu menjayakan bengkel ini.Bengkel ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan pengenalan  serta nasyid-nasyid Bahasa Arab.Selepas itu,program ini disusuli dengan beberapa pertandingan dan aktiviti Bahasa Arab yang menyeronokkan  seperti “اكتب مفرداتك”, “تخمين الأفعال” dan “تغيير النغم”.Semua markah sepanjang pertandingan yang diadakan telah dicatat dan akan dibawa ke bengkel yang akan datang.Bengkel ini telah berakhir pada jam 4.00 petang.

 

IMG_8981 IMG_8996 IMG_9001 IMG_9006 IMG_9007 IMG_9008 IMG_9011 IMG_9013 IMG_9018

Leave a Comment