Bengkel Bahasa Arab Pelajar Tingkatan 3 SMI Al-Farabi

Pada 10 November 2016 ,Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah membuat kunjungan Ke Sekolah Menengah Islam Al-Farabi,Kg Delek Klang untuk mengadakan Bengkel Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 .Seramai 55 orang pelajar  telah menyertai bengkel ini dan telah memberi tindakbalas yang sangat memberangsangkan.

Bengkel yang bermula dari 8.30 pagi sehingga 1.30 petang ini berobjektifkan kepada meningkatkan penguasaan empat kemahiran Bahasa Arab dan memberi suntikan motivasi kepada para pelajar untuk bertutur di dalam Bahasa Arab serta membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini merangkumi sesi pembelajaran “Maharah Istima'” dan “Maharah Kalam” serta pertandingan dan aktiviti nyanyian di dalam Bahasa Arab  seperti “Zid Mufradatika”,”Takhmin Al-Af’al” dan “Isyarah”.Pada akhir bengkel,markah bagi setiap kumpulan dipaparkan melalui skrin dan diberikan juga hadiah berbentuk hamper kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding sepanjang bengkel ini dijalankan.

 

20170307_091624 20170307_091727 20170307_091830 20170307_123337 20170307_124031 20170307_130006 20170307_130026

Leave a Comment