Bengkel Bahasa Arab Pelajar Tingkatan 2 SAM Nurul Iman

Pada 16 Februari 2017 ,Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah membuat kunjungan Ke Sekolah Agama Menengah Nurul Iman,Bukit Cerakah untuk mengadakan Bengkel Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 .Seramai 146 orang pelajar  telah menyertai bengkel ini dan telah memberi tindakbalas yang sangat memberangsangkan.

Bengkel yang bermula dari 8.30 pagi sehingga 2.00 petang ini berobjektifkan kepada meningkatkan penguasaan empat kemahiran Bahasa Arab dan memberi suntikan motivasi kepada para pelajar untuk bertutur di dalam Bahasa Arab serta membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini merangkumi sesi pengajaran “Maharah Kalam’  dan ” Maharah Kitabah” serta pertandingan dan aktiviti nyanyian di dalam Bahasa Arab sahaja.Antara  pertandingan Bahasa Arab seperti “Zid Mufradatika”,”dan “Isyarah”.Pada akhir bengkel,markah bagi setiap kumpulan dipaparkan melalui skrin dan kelihatan para pelajar sangat gembira dengan program yang dijalankan.

 

20170216_083858 20170216_084003 20170216_084052 20170216_084152 20170216_084247 20170216_092423 20170216_112341 20170216_112959

Leave a Comment